Kuala Lumpur, 8 April 2025 - Polis Kuala Lumpur (KL) merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM118 juta dalam tempoh tiga bulan tahun ini membabitkan 5,783 tangkapan.
Ketua
Polis KL, CP Dato' Rusdi Mohd Isa berkata, nilai rampasan dadah yang direkodkan dalam tempoh tiga bulan itu menunjukkan peningkatan tujuh kali ganda berbanding tempoh sama, tahun lalu iaitu RM19.3 juta.
Katanya, angka itu turut melebihi nilai rampasan dadah oleh Polis KL yang direkodkan sepanjang tahun lalu iaitu keseluruhan berjumlah RM112.8 juta.
“Untuk tempoh tiga bulan dari Januari hingga Mac tahun lalu, jumlah tangkapan seramai 5,977 orang, manakala jumlah tangkapan untuk tempoh setahun (2024) seramai 21,544 orang.
“Untuk tempoh Januari hingga Mac pada tahun lalu dan tahun ini, perbandingan menunjukkan jumlah tangkapan berkurang daripada 5,977 tahun lalu kepada 5,783 pada tahun ini, namun rampasan dadah meningkat tujuh kali ganda,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen KL, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen KL di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.