Tahniah diucapkan kepada Koperal Syed Khairul Anwar Syed Muzaffar dan Koperal Mohd Khairul Amiruddin Mustapha dari Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat
Polis Daerah Mersing kerana mengiringi sebuah ambulans yang membawa pesakit ke Hospital Mersing, Johor, semalam.
Kedua-dua anggota ketika dalam penugasan terus mengambil inisiatif membantu eskot ambulans tersebut yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di Jalan Endau Utama Mersing.
Semoga keikhlasan anggota terlibat menjalankan tugas dapat menjadi tauladan buat warga Sang Saka Biru yang lain.
Sumber: Tiktok Abah Papazola
