Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: LARI TINGGAL GANJA DI PANGKALAN HARAM


Rantau Panjang, 10 April 2025 - Aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan Kelantan-Thailand tidak pernah surut walaupun pada musim perayaan apabila seorang lelaki dikesan menyeludup ganja seberat lima kilogram melalui pangkalan haram MCA di sini kelmarin.

Ganja bernilai RM15,500 itu ditinggalkan dalam sebuah beg pada pukul 6.30 pagi ketika anggota Batalion 9, Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan di lokasi berkenaan.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Dato' Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pada awalnya anggota PGA ternampak seorang lelaki membawa beg di kawasan pangkalan haram itu.

Suspek bagaimanapun melarikan diri dan meninggalkan beg tersebut selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Pemeriksaan di dalam beg itu menemukan sejumlah ganja. Siasatan mendapati, dadah itu dipercayai untuk dijual di pasaran tempatan," katanya ketika dihubungi pemberita semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Kosmo.

May be an image of text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS