Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] ISU TULAR: SUAMI ISTERI DITAHAN KES DERA DI RUMAH PERLINDUNGAN

Kajang, 11 April 2025 - Sepasang suami isteri warga emas ditahan polis selepas disyaki mendera penghuni di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak persendirian di Batu 9, Cheras di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof berkata, pasangan berusia 66 dan 68 tahun yang juga pemilik serta penjaga rumah perlindungan tersebut ditahan bagi membantu siasatan.

“Kita telah menerima satu laporan daripada seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang mendakwa dirinya telah ditampar di pipi kiri dan dimarahi oleh penjaga rumah perlindungan tersebut kerana enggan mendengar arahan pada jam 10.08 malam, 1 April lalu,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

ACP Naazron memberitahu, selain laporan mangsa, dua lagi laporan turut diterima daripada saksi lain yang mendakwa pemilik rumah berkenaan melakukan penderaan emosi dan mental terhadap penghuni lain sebelum ini.

“Susulan itu, kesemua 18 kanak-kanak berusia tiga hingga 17 tahun yang menghuni pusat berkenaan telah diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut termasuk pemeriksaan kesihatan,” katanya.
Bacaan lanjut di keratin akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS