Putrajaya, 10 April 2025 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dato' Sri
Shamsul Azri bin Abu Bakar di pejabatnya dekat Kompleks Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri, di sini, semalam.
Pertemuan dua hala itu bertujuan membincangkan kerjasama strategik dari
aspek keselamatan, pengurusan krisis serta kerjasama di antara Pasukan dan Jabatan Perdana Menteri dan agensi lain demi kesejahteraan negara.
Hadir sama, Timbalan Pengarah KDNKA (WCB/PSK) Bukit Aman, SAC Mohammad Azlin Hj. Sadari dan Pegawai Turus Operasi/Risik, Pasukan Gerakan Am, Superintenden Suhaimi Omar.