Menu

KPN LAKUKAN PEMANTAUAN UDARA PERSIAPAN PDRM SEMPENA LAWATAN RASMI PRESIDEN REPUBLIK RAKYAT CHINA KE MALAYSIA


Putrajaya, 12 April 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain hari ini melakukan pemantauan dari udara bagi meninjau kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena lawatan rasmi Presiden Republik Rakyat China, H.E. Xi Jinping ke Malaysia yang dijadualkan pada 15 hingga 17 April ini.

Ketibaan Tan Sri Razarudin di Helipad, Persint 6, di sini telah disambut Komander Pasukan Gerakan Udara (PGU), DCP Dato' Noor Sham Md Jani sebelum dibawa menaiki helikopter jenis AW139 yang dipandu sendiri Komander PGU dengan dibantu DSP Hj. Mohammad Firdaus Rosli.

Pemantauan hampir sejam itu melibatkan lokasi-lokasi strategik termasuk laluan pergerakan dan kawasan acara rasmi. Ia bagi memastikan kesiapsiagaan keselamatan tertinggi Pasukan melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam di sepanjang lawatan rasmi nanti adalah pada tahap terbaik, dengan penglibatan pelbagai unit.

Terdahulu, Tan Sri Razarudin turut mendengar taklimat Op Fuwa 2025 oleh Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed di lobi Hotel Doubletree By Hilton.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur (KL), SAC Khalid Saion, Penolong Komander (Operasi) Unit Tindakhas Bukit Aman, Superintendan Mohammad Khairani Khalid dan para pegawai kanan.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid

May be an image of 1 person and helicopter

May be an image of 2 people

May be an image of airship, helicopter and text that says 'FD6335 FD'

May be an image of 7 people and text

May be an image of aircraft

May be an image of 7 people and text

May be an image of 3 people, helicopter and text

May be an image of 5 people, helicopter and text

May be an image of 3 people, helicopter and text

May be an image of 1 person and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS