Kuala Lumpur, 13 April 2025 - Polis melakukan 452 tangkapan dan menyelamatkan 1,171 mangsa pemerdagangan manusia dalam beberapa siri operasi utama dijalankan sepanjang tahun lalu.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pada masa sama sebanyak 227 kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh berkenaan.
Beliau berkata Bahagian D3 (Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran/Atipsom),
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mencatat kejayaan besar dalam beberapa operasi utama.
Menurutnya, menerusi Op Global (September - Oktober) menyaksikan 128 individu terbabit dalam buruh paksa ditangkap dan 11 mangsa termasuk tiga kanak-kanak diselamatkan.
“Bagi Op Pintas Mega (Januari - Jun) berjaya menyelamatkan 73 mangsa dan menahan 113 individu.
“Op Wakanda (Ogos) pula menyelamatkan dua mangsa daripada eksploitasi seksual warga Afrika, manakala Op Yemen (Oktober) menumpaskan sindiket buruh paksa di Yemen dengan dua individu ditangkap dan tiga mangsa diselamatkan,” katanya kepada Harian Metro.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.