Menu

AL-FATIHAH: BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama bersama pucuk pimpinan dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Perdana Menteri (PM) Ke-5, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia akibat masalah pernafasan serta faktor usia.

Allahyarham Tun Abdullah merupakan PM Ke-5 dan pernah memegang jawatan tersebut selama enam tahun iaitu pada 31 Oktober 2003 sehingga 2 April 2009.

Allahyarham yang berumur 86 tahun meninggal dunia pada pukul 7.10 malam tadi di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur dan jenazah akan dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara pada hari esok.

Semoga roh Allahyarham Tun Abdullah dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.

Al-Fatihah.


May be an image of ‎1 person and ‎text that says '‎ੴকা االملمقوامرانلام ال AL-FATIHAH SALAM TAKZIAH BUAT SELURUH AHLI KELUARGA Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri ke-5 Ikhlas daripada, IG TAN SRI RAZARUDIN HUSAIN KETUA POLIS NEGARA & SELURUH SEL WARGA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) Polis Diraja Malaysia ® pdrmsia official PDRMsla PDRMsia PDRMsia Official ل pdrmsia rasmi‎'‎‎
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS