Kuala Lumpur, 14 April 2025 – Polis Diraja Malaysia khususnya Bahagian (D3), Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) dengan tumpuan pada Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 memainkan peranan penting dalam membanteras pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, beberapa usaha yang signifikan sudah dilakukan Bahagian D3 untuk menangani jenayah itu. Menurutnya, antaranya membabitkan sistem pengumpulan data untuk membina mekanisme pemantauan dan penilaian yang efektif.
Katanya, ia membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti corak dan trend jenayah penyeludupan migran.
“Mengambil inisiatif holistik dalam penguatkuasaan bersepadu, menyelaras pelbagai agensi dan sumber daya untuk meningkatkan kesan dalam memerangi jenayah penyeludupan migran.
“Bekerjasama secara aktif dengan agensi antarabangsa untuk mengukuhkan usaha membanteras aktiviti jenayah penyeludupan migran.
“Kerjasama ini termasuk pertukaran maklumat, latihan bersama dan operasi bersama dengan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.