Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 13 April 2025 (Ahad).
Sebanyak 1,672 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 16 kematian. Terdapat penurunan sebanyak 231 kes kemalangan dan 7 kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.