Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TEKONG DARAT DICEKUP BAWA PATI BANGLADESH

Rantau Panjang, 15 April 2025 - Hasrat seorang tekong darat untuk mendapat upah hasil membawa tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh tidak kesampaian apabila dicekup di simpang tiga Kampung Kubang Kuau, di sini pada Sabtu lalu.

Sebuah kenderaan pelbagai guna yang dinaiki pemandu dan tiga PATI itu ditahan kira-kira pukul 10.30 malam semasa Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan di kawasan tersebut.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Dato' Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, anggota PGA menahan kenderaan tersebut selepas mendapati dia dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Ujarnya, pemeriksaan mendapati kenderaan itu membawa tiga lelaki warga Bangladesh dengan dua daripada mereka menunjukkan pasport yang meragukan.

“Seorang lagi penumpang bagaimanapun tiada sebarang dokumen pengenalan diri.
“Pemandu kenderaan itu yang berusia 29 tahun turut ditahan kerana menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada PATI," katanya ketika dihubungi pemberita semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 2 people, car and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS