Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 14 April 2025 (Isnin).
Sebanyak 1,987 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan sembilan kematian. Terdapat peningkatan sebanyak 315 kes kemalangan dan penurunan tujuh kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.