Seremban, 16 April 2025 - Seorang lelaki parah selepas ditetak menggunakan parang dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di sini pada malam Isnin.
Kejadian menerusi rakaman kamera litar tertutup memaparkan mangsa dikejar seorang individu bersenjata parang dan terkena libasan beberapa kali kemudiannya tular di media sosial.
Ketua
Polis Daerah Seremban, ACP Mohamad Hatta Che Din berkata, ketika kejadian, mangsa berusia 40 tahun sedang merokok di kawasan itu sebelum dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan lelaki dari eskalator aras bawah termasuk salah seorang daripada mereka memegang senjata berkenaan.
“Selepas berjaya bangun, mangsa melarikan diri dan diselamatkan rakan yang menyedari kejadian itu sebelum dikejarkan ke hospital,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.
“Suspek sudah dikenal pasti dan usaha mengesan dan menangkapnya sedang dijalankan," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mencederakan menggunakan senjata yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda dan sebatan.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Sinar Harian seperti di lampiran.