Menu

KPN DAN TIMBALAN KPN HADIR KE MAJLIS JAMUAN NEGARA SEMPENA RAI LAWATAN NEGARA PRESIDEN REPUBLIK RAKYAT CHINA


Kuala Lumpur, 16 April 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Jamuan Negara sempena Meraikan Lawatan Negara Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama (TYT) Xi Jinping ke Malaysia, di Dewan Santapan Utama, di sini, pagi tadi.

Ketibaan TYT Xi Jinping disambut Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dengan diiringi Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Majlis dimulai dengan persembahan lagu kebangsaan kedua-dua buah negara daripada Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan disusuli tembakan meriam sebanyak 21 das oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja.

Seterusnya TYT Xi Jinping melakukan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama yang terdiri daripada Batalion Pertama RAMD Kem Perdana Sungai Besi dan diketuai Mejar Mohamad Waqiyudin Abd Rahman.

Sebelum berangkat ke Jamuan Negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama TYT Xi Jinping disambut penuh ceria oleh kanak-kanak cilik dan penari daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara yang turut mengibarkan Jalur Gemilang serta bendera Republik Rakyat China sebagai simbolik persahabatan dan kerjasama oleh kedua-dua buah negara.

Hadir sama mengiringi, Timbalan PM I merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan PM II merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof.

Lawatan TYT Xi Jinping selama tiga hari bermula semalam adalah lawatan rasmi kedua beliau ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun selepas kunjungan terakhir pada 2013 yang menyaksikan kedua-dua negara meningkatkan hubungan diplomatik kepada Perkongsian Strategik Komprehensif.

Turut sama hadir, Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Yang di-Pertua (YDP) Dewan Negara, Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, YDP Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Dr. Johari Abdul, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, barisan menteri-menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Rusdi Mohd Isa serta perwakilan asing.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Muhammad Azri Sabri.

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 11 people, dais and text

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 10 people, dais and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS