Ipoh, 19 April 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Pengerusi Keluarga Polis (
PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman meraikan kemeriahan lebaran bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen
Perak dalam majlis yang berlangsung di Markas
Pasukan Simpanan Persekutuan Unit 5, di sini, malam tadi.
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah turut bercemar duli berangkat ke majlis tersebut.
Berangkat sama ialah DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.
Dalam majlis yang berlangsung lebih dua jam tersebut, Baginda turut bercemar duli menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan seterusnya melawat reruai juadah sambil diiringi Tan Sri Razarudin bersama Ketua Polis (KP) negeri, CP Dato' Noor Hisam Nordin selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.
Hadir sama, Menteri Besar Perak, Dato' Seri
Saarani Mohamad, barisan Exco dan pegawai @Kerajaan Negeri Perak, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, Timbalan KP negeri, DCP Zulkafli Sariaat, para pegawai kanan polis serta rakan media.