Kuantan, 18 April 2025 - Polis merampas Syabu seberat 468.3 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM14.9 juta dalam pacuan empat roda yang diletakkan di tepi jalan di Kilometer 211 Lebuhraya Pantai Timur arah ke Kuantan, dekat sini.
Ketua
Polis Pahang, CP Dato’ Sri Yahya Othman, berkata rampasan dilakukan pasukan Peronda Lebuhraya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman yang menjalankan Operasi Bersepadu (Op Utama) Zon Timur di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Gambang, di sini, Isnin lalu.
Beliau berkata, terdahulu pasukan peronda menerima maklumat mengenai Mitsubishi Triton putih melawan arus dari arah Kuala Lumpur menuju Kuantan.
“Bertindak atas maklumat, pasukan melakukan pemantauan dan setibanya di Kilometer 211 arah ke Kuantan, peronda menemukan Mitsubishi Triton terbabit diletakkan di bahu jalan arah Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di Kuantan semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.