Menu

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether KERATAN AKHBAR PILIHAN: PENIPUAN DALAM TALIAN MENINGKAT 13 PERATUS DALAM TIGA BULAN

Kuala Lumpur, 19 April 2025 - Jenayah penipuan dalam talian (online) di negara ini mencatatkan peningkatan sebanyak 12,110 kes dalam tempoh Januari hingga Mac lalu, berbanding 10,715 kes pada tempoh sama, tahun lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, DCP Dato' Rohaimi Md Isa berkata, jenayah e-dagang mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 19.8 peratus iaitu daripada 2,116 kes kepada 2,535 kes.

“Peningkatan ini berlaku memandangkan trend penggunaan platform dalam talian semakin meluas terutama menjelang sambutan Aidilfitri yang menyaksikan lebih ramai pengguna membuat pembelian secara digital.

“Sebanyak 5,214 kes membabitkan jenayah telekomunikasi, penipuan pinjaman tidak wujud (1,404 kes), jenayah e-kewangan (711 kes), pelaburan tidak wujud (2,026 kes) dan 'love scam' (220 kes),” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Penipuan dalam talian meningkat 13 peratus dalam tiga bulan KUALA LUMPUR: Jenayah penipuan dalam talian nen- peningkatan banyak 2 hin hingga Maclalu berbandir tempoh sama, ta- Pengarah (ISJK) Bukit Rohaimi e-dagang iaitu ်မးအဆေု်သာ် sebanyak idarinada laku trend jelangs mombahitkan jenayah tidakw kes). jenayah tidak wuiud kepada per- peng- dilihat dilihat ecbasai peningkatan knologi laman web tik deenfale io- kandungan dan gus o latar melakukan ransaksi kewan- gan dalam talian.'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS