Kuala Lumpur, 19 April 2025 – Sempena sambutan Hari Polis ke-218, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) beragama Sikh telah menganjurkan satu majlis sembahyang khas di Gurdwara Sahib,
Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL), pagi tadi.
Majlis tahunan ini bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan warga PDRM dan masyarakat setempat, seiring dengan slogan keramat pasukan, “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”
Ia turut diserikan dengan kehadiran Menteri Digital, Tuan
Gobind Singh Deo Deo sebagai perasmi acara dan berbesar hati memberikan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada setiap Gurdwara Polis iaitu Gurdwara Sahib
Polis KL, Parlimen KL, PULAPOL KL,
Polis Ipoh dan
Polis Pulau Pinang.
Acara dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada
Sri Dasmesh Pipe Band Malaysia yang menampilkan muzik tradisi dengan penuh semangat dan berprestij.
Antara tetamu kehormat yang hadir termasuk bekas Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, pesara polis CP Dato’ Sri Amar Singh Ishar Singh, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, SAC Ravindar Singh Sarban Singh, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, SAC Gurcharan Singh Udham Singh dan Ketua
Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Balveer Singh Mahindar Singh.