Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Saifuddin Nasution Ismail berkata, walaupun penggunaan MyDigital ID tidak diwajibkan namun ia termasuk dalam dasar kerajaan.
Kerajaan juga bersetuju melakukan pindaan Akta Pendaftaran Negara 1959 bagi membolehkan penggunaan MyDigital ID bagi memastikan peningkatan penggunaan aplikasi itu pada masa akan datang.
"Perkara ini masih dalam peringkat cadangan dan belum diluluskan di Parlimen.
"Kita menggalakkan mereka (pengguna) menggunakan aplikasi itu bagi mengesahkan identiti dalam satu urusan," katanya dalam ucapan pada Jamuan Raya Polis Diraja Malaysia di Stadium Titiwangsa, hari ini.
Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut,