Kuala Lumpur, 21 April 2025 - Keselamatan Penerbangan (AVSEC), pasukan di bawah
Malaysia Airports Holdings Berhad memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan lapangan terbang di seluruh negara berada pada tahap tertinggi.
Sebagai barisan hadapan dalam perlindungan infrastruktur penerbangan, AVSEC bertanggungjawab untuk mengawal keselamatan terminal, mengawasi kawalan akses, serta menjalankan pemeriksaan penumpang dan bagasi bagi mencegah sebarang ancaman.
Dengan mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, AVSEC berperanan untuk memastikan keselamatan lapangan terbang, namun begitu, AVSEC turut berusaha dalam membantu pihak berkuasa dalam menangani ancaman keganasan, penyeludupan dan sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan operasi penerbangan.
la telah membentuk perkongsian penting dengan badan-badan kerajaan utama, termasuk Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Kastam Diraja Malaysia dan Biro Jenayah Hidupan Liar, Polis Diraja Malaysia.
Kerjasama ini telah mengukuhkan usahanya untuk memerangi penyeludupan haiwan liar keluar dan masuk ke Malaysia.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.