Menu

HARI POLIS KE-218: 120 WARGA PDRM BERAGAMA BUDDHA LAKSANA SEMBAHYANG KHAS UNTUK PASUKAN

Kuala Lumpur, 25 April 2025 - Hampir 120 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk pegawai awam dan pesara polis beragama Buddha menyertai acara sembahyang khas sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-218 di Buddhist Maha Vihara Brickfields, di sini, pagi tadi.

Acara keagamaan itu diketuai oleh Ketua Tertinggi Sami Buddha Malaysia, Datuk Dr. K. Sri Dhammaratana Nayaka Maha Thero dengan diiringi Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, DCP Datuk Dennis Lim Kwang Keng bersama Penolong Pengarah E3A, Bahagian Ancaman Ekstremis Luar E3, Cawangan Khas Bukit Aman selaku Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti Keagamaan Buddha, SAC Goh Saw Khim.

Program yang berlangsung kira-kira dua jam tadi turut disusuli dengan ucapan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain yang dibacakan oleh DCP Datuk Dennis di Dewan Asoka sebelum majlis penyampaian sumbangan dan cenderahati kepada Datuk Dr. K. Sri Dhammaratana.

Tidak ketinggalan turut diadakan penyampaian sumbangan kebajikan kepada dua penerima iaitu pesara Inspektor Wong Chee Meng dan wakil pesara Au Sem Lim, Puan Au Au Fong.

Hadir sama tadi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian (Perancangan Strategik), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, ACP Lai Lee Ching, Penolong Pengarah (D5), JSJ Bukit Aman, ACP Cha Hoong Fong dan rakan media.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri


May be an image of 2 people and text that says '7 X 날습 M WISMA DHARMA WISMADHARMACAKRA CAKRA DEWAN ANOK'

May be an image of 1 person and text that says 'X 날음 愛 SCHE 春 ® A VIHARA'

May be an image of 5 people and text

May be an image of 2 people, temple and text

May be an image of 5 people, temple and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS