Kuala Lumpur, 27 April 2025 - Seorang anggota polis putus sebahagian telinga kiri akibat digigit seorang lelaki warga Nigeria ketika cuba memasukkan suspek ke dalam kenderaan peronda polis (MPV) di Jalan Kepong, Metro Prima di sini.
Ketua
Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Rusdi Mohd Isa berkata, dalam kejadian jam 10.03 pagi itu, anggota polis berpangkat Koperal itu
sedang membantu membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul selepas lelaki tersebut ditahan kerana membuat kacau di sebuah klinik di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek bertindak agresif ketika hendak dimasukkan ke dalam kenderaan polis.
“Ketika itu, tangannya sudah bergari di belakang. Secara tiba-tiba suspek bertindak menggigit telinga kiri anggota terbabit sehingga terputus sebahagian.
“Anggota itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan. Keadaan mangsa kini dilaporkan stabil,” katanya, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.