Kuala Lumpur, 27 April 2025 - Kumpulan kongsi gelap kini dikesan menggunakan aplikasi media sosial dalam mempromosikan aktiviti kumpulan mereka sebagai usaha menarik minat pengikut baharu terutama dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah.
Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi)
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Dato’ Fadil Marsus berkata, penggunaan aplikasi media sosial menjadi salah satu pendekatan baharu
kumpulan kongsi gelap.
"Sebelum ini, kumpulan kongsi gelap hanya menggunakan taktik merekrut pelajar secara bersemuka di luar kawasan sekolah,” katanya kepada Sinar Ahad, baru-baru ini.
Dato’ Fadil berkata, kumpulan kongsi gelap atau pertubuhan haram mula dikesan menggunakan pempengaruh yang mempunyai ramai pengikut.
“Langkah ini adalah usaha kumpulan pertubuhan haram untuk menarik minat pengikut baharu dengan menyasarkan golongan bawah umur.
“Kebanyakan mereka mengikuti aktiviti dipaparkan pempengaruh menerusi kandungan di media sosial,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Sinar Harian seperti di lampiran.