Besut, 28 April 2025 - Proses pengagihan 7,648 unit kamera badan untuk semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di seluruh negara selesai dilaksanakan.
Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato’ Seri Sahabudin Abd Manan berkata, daripada jumlah itu sebanyak 288 unit diserahkan kepada IPK Terengganu.
Katanya, kamera berkenaan berfungsi untuk menjaga kredibiliti kedua-dua pihak sama ada polis atau orang awam serta boleh dijadikan bahan bukti sekiranya berlaku pertikaian.
"Jika kamera badan tidak ‘on’ atau tidak dipakai semasa bertugas anggota berkenaan boleh diambil tindakan tatatertib.
"Rekod rakaman kamera badan itu juga boleh dijadikan bukti sah dalam perbicaraan serta prosiding mahkamah," katanya ketika ditemui media selepas majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di sini, hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../boleh-kena-tindakan...
Sumber: Harian Metro