Kuala Lumpur, 28 April 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada Director General for International Cooperation Bureau of the Korean National Police Agency (KNPA), H.E. Junhyeong Lee bersama delegasi, di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Perbincangan dua hala itu diadakan bertujuan mempertingkatkan lagi hubungan kerjasama yang berterusan antara PDRM dengan KNPA dalam menangani jenayah melibatkan kedua-dua buah negara.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, CP Datuk Ts. Ahmad Ramdzan Daud, Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik)
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Dennis Lim Kwang Keng, Pemangku Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber)
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, DCP Shamsul Amar Ramli, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah dan ACP Perhubungan Antarabangsa Bukit Aman, ACP Loh Pey Pey.