Menu

TIMBALAN KPN ADAKAN ZIARAH KEBAJIKAN KE ATAS PESARA POLIS

Sungai Buloh, 29 April 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay meluangkan masa menziarahi pesara polis, Superintenden Zahari Abu Samah yang mengalami “Minor Stroke” di Hospital Sungai Buloh, di sini, pagi tadi.

Dalam lawatan yang dilakukan, Dato' Sri Ayob Khan telah menitipkan kata-kata semangat dan sokongan moral selain menyampaikan buah tangan kepada waris.

Pesara Superintenden Zahari menjalani persaraanya pada 2 April 2025 dan berkhidmat di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sebagai Penolong Pengarah Narkotik (Analisis) JSJN Bukit Aman.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) JSJN Bukit Aman, SAC Mohd Zaki Ashar, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) JSJN Bukit Aman, ACP Hj. Ahmad Azwan Hj. Amin Nordin, Penolong Pengarah Pengurusan Hal Ehwal Pesara Polis, ACP Maizatul Akma Ahmed Sabki dan Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, DSP Mohd Jumazan Zahir Chek Ismail.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 6 people, hospital and dais

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 5 people, hospital and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 7 people, dais, hospital and text that says 'B SE'













PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS