Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET PROSES DADAH DALAM KERETA

Johor Bahru, 30 April 2025 - Lima sindiket pembungkusan dan pengedaran dadah dalam kenderaan tumpas selepas lima serbuan berasingan dibuat melibatkan empat buah daerah di negeri itu, bermula 20 hingga 24 April lalu.

Ketua Polis Johor, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu berkata, pihaknya turut menahan lima individu termasuk seorang lelaki warga Singapura dalam serbuan di Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang dan Kota Tinggi itu.

Menurut beliau, lebih 70 kilogram pelbagai jenis dadah termasuk Syabu, Ekstasi, Ganja dan pil Eramin 5 bernilai hampir RM9 juta dirampas dalam serbuan berkenaan.

"Modus operandi tiga daripada sindiket terbabit adalah menjadikan kenderaan sebagai tempat memproses, membungkus dan menyimpan dadah, manakala dua sindiket menjadikan premis pangsapuri sebagai pusat operasi.

“Kesemua suspek yang ditahan positif dadah, berusia antara 22 hingga 47 tahun dengan seorang daripadanya merupakan warga Singapura,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 5 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS