Padang Besar, 30 April 2025 -
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara merampas 31,200 kilogram (kg) kaki dan hati ayam sejuk beku bernilai lebih RM1.8 juta yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran selepas menyerbu sebuah gudang tinggal di sini kelmarin.
Dalam serbuan Batalion 1 PGA Ulu Kinta, Perak pada jam 7 petang itu turut menahan dua lelaki warga Thailand berusia 22 dan 34 tahun yang dipercayai bertindak sebagai penjaga gudang berkenaan yang terletak di Kawasan Perindustrian Padang Besar berhampiran Jalan Kangar-Padang Besar.
Komander
Briged Utara PGA Ulu Kinta, SAC Shahrum Hashim berkata, serbuan susulan risikan terhadap kegiatan berkenaan sejak dua minggu lalu.
“Sebelum serbuan, kita melakukan pemerhatian di lokasi kejadian dan mendapati dua trak pikap bernombor pendaftaran Thailand memasuki gudang berkenaan.
“Ketika serbuan, dua suspek yang ditahan sedang memasukkan ayam sejuk beku ke trak pikap berkenaan dan pemeriksaan mendapati ada ubi kentang seberat 1,400 kg dan kaki ayam sejuk beku seberat 5,200 kg.
“Pemeriksaan selanjutnya di gudang itu kemudian menjumpai lima kontena mengandungi kaki dan hati ayam sejuk beku dianggarkan berat sebanyak 41,200 kg,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.