Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: GANJA RM1.27 JUTA DITINGGAL DALAM BOT

Kangar, 3 Mei 2025 - Polis merampas sejumlah 409 ketulan mampat daun kering dipercayai Ganja bernilai RM1.27 juta yang ditinggalkan dalam bot fiber tanpa nombor pendaftaran di muara Kuala Sungai Baru, Kuala Perlis dekat sini Selasa lalu.

Ketua Polis Perlis, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim berkata, dalam serbuan pada pukul 2 petang itu, pasukan Task Force Balai Polis Kuala Perlis bersama Unit Risikan Marin Kedah/Perlis melakukan pemerhatian dan tinjauan selama dua jam di situ.

“Bot fiber tanpa nombor pendaftaran itu dipercayai ditinggalkan dalam tempoh 24 jam.
''Hasil pemeriksaan menemui 24 kotak berisi 409 ketulan mampat daun kering disyaki Ganja seberat satu kilogram setiap satu, menjadikan jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM1.27 juta,” katanya di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS