Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: JSJN PAHANG RAMPAS DADAH RM25.4 JUTA DARI JANUARI HINGGA APRIL LALU

Kuantan, 6 Mei 2025 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang merampas pelbagai jenis dadah bernilai keseluruhan RM25.4 juta bagi tempoh Januari hingga April lalu.

Ketua Polis Pahang, CP Dato' Sri Yahya Othman berkata, jumlah itu meningkat RM17.1 juta berbanding RM8.26 juta tempoh sama tahun lalu.

Katanya, sepanjang Januari hingga April lalu juga, 4,261 kes dengan 4,839 tangkapan pelbagai kes dadah turut direkodkan.

Bagi tempoh sama tahun lalu, 4,362 kes dan 4,810 tangkapan direkodkan.

“Bagi kadar penyelesaian kes sepanjang Januari hingga April lalu, 4,180 kertas siasatan dibuka dan 3,753 kes berjaya diselesaikan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS