Kuala Lumpur, 6 Mei 2025 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri menyaksikan penyerahan sebanyak 34 buah motosikal berkuasa besar model BMW R1300GS kepada pihak Istana Negara oleh syarikat pembekal Ammo Defence Solutions Sdn. Bhd. di pekarangan Istana Negara, di sini, semalam.
Penyerahan motosikal berkuasa besar bagi membantu melancarkan tugas pengiring dan kawalan lalu lintas khususnya bagi kegunaan istana.
Turut hadir, Datuk Pengelola Bijaya Diraja
Istana Negara, Datuk Wira Zailani Hj. Hashim, Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Siasatan/Sumber) JSPT Bukit Aman, ACP Fauzi Osman dan Ketua
JSPT Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa.