Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 6 Mei 2025 (Selasa).
Sebanyak 1,874 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 19 kematian. Terdapat penurunan sebanyak 21 kes kemalangan dan peningkatan empat kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para
pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.