Menu

TIMBALAN KPN RASMI SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA MADANI: KEPIMPINAN PDRM


Kuala Lumpur, 7 Mei 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini berbesar hati merasmikan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI: Kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diadakan di Dewan Sultan Hj. Ahmad Shah, Maktab PDRM, di sini.

Dato' Sri Ayob Khan yang tiba sekitar jam 12.00 tengah hari tadi disambut oleh Ketua Polis Kuala Lumpur (KL), CP Dato' Rusdi Mohd Isa, Komandan Maktab PDRM KL, DCP Dato' Pahlawan Shazeli Dato' Kahar bersama Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato’ Dr. Hj. Roslan Hussin.

Seminar kolaborasi PDRM bersama AKM yang dihadiri kira-kira 400 Pegawai Kanan Polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kontinjen KL dan Selangor serta formasi sekitar Lembah Klang itu adalah sebagai salah satu inisiatif pengukuhan jati diri generasi pemimpin tertinggi PDRM masa kini dan akan datang.

Berucap di majlis yang diadakan, Dato’ Sri Ayob Khan berkata, program berkenaan telah berjaya menjadi satu platform memperkaya ilmu dan memperkasa profesionalisme barisan pimpinan PDRM secara holistik ke arah kepimpinan cemerlang bagi melahirkan organisasi yang mampan selaras visi dasar MADANI.

Terdahulu pada sebelah pagi, telah berlangsungnya dua sesi pembentangan iaitu sesi pertama dengan tajuk “Interaktif Kenegaraan” yang disampaikan oleh Ketua Seksyen Perkhidmatan Awam (Persekutuan) Bahagian Latihan Eksekutif AKM, JPM, Encik Hazli Hj. Hamzah dan Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Korporat AKM, JPM, Puan Nurhafiza Mohamad Fadzil.

Manakala sesi kedua bertajuk “Malaysia MADANI: Membangun Negara Bangsa” telah disampaikan oleh Pengarah AKM Negeri Selangor, JPM, Encik Ahmad Shukri Hj. Adnan.

Pada sebelah petang pula, telah diadakan forum bertajuk "Reimagining Policing in Malaysia: Challenges, Reforms and Future Directions" yang menampilkan dua ahli panel iaitu Pakar Kriminologi Universiti Sains Malaysia, Dato' Dr. P. Sundramoorthy bersama Pakar Kriminologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin dan Penolong Pengarah Penilaian Kompetensi, Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, ACP Dr. Sivabalan Suppiah sebagai moderator.

Hadir sama, barisan Timbalan Pengarah PDRM, Pengarah AKM Wilayah Persekutuan, JPM, Encik Faizal Iqram Ibeni Yanin dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Latihan Eksekutif AKM, JPM, Encik Asrizal Mohammed Radzi serta pegawai kanan AKM.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of clarinet, crowd and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of lighting, speaker and crowd

May be an image of 3 people and text that says 'E2 UMBALA KHAN CEH: BIN MYDIN PITCHAY POLIS KETUA POLIS NEGARA DIRA ALAYSIA 72028 MEI 2025 DEW MAK TANH さきじ AD SHAH IPUR SI SIA 金 โ้นน 豆 D 中 9 9'

May be an image of 2 people, dais and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS