Menu

HEBAHAN: PERMOHONAN JAWATAN INSPEKTOR POLIS GRED Y7 (LELAKI / WANITA) AWAM TAHUN 2025

Pengambilan bagi jawatan Inspektor Polis Gred Y7 (Lelaki / Wanita) Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuka bermula dari 21 Mei sehingga 5 Jun 2025.

Semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan adalah dijemput untuk memohon dalam Portal Rasmi e-Pengambilan PDRM.

Setelah mendaftar di dalam portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan:

1. Masukan 'ID Pengguna' dan ‘Kata Laluan’;
2. Klik butang 'Log Masuk';
3. Klik butang ‘Maklumat Peribadi’ untuk kemaskini maklumat diri, keluarga, akademik & ko-kurikulum.
4. Klik butang ‘Permohonan Polis ‘ dan klik 'Permohonan Baru';
5. Klik butang 'Pengesahan' untuk sahkan maklumat calon; dan
6. Klik butang 'Hantar Borang'.
7. Pemohon akan menerima notifikasi permohonan telah berjaya dihantar

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi talian 03-22668347/ 8348/ 8350 seperti yang tertera di laman Instagram dan Facebook Rasmi Unit Pengambilan PDRM.

May be an image of map and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS