Ayuh beramai-ramai ke Program MADANI Rakyat 2025 Peringkat Negeri Sabah yang sedang berlangsung hari ini hingga 11 Mei 2025 (Jumaat-Sabtu) bermula jam 9 pagi di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, Sabah.
 
 
    Pelbagai aktiviti dan pengisian menarik disediakan untuk para pengunjung termasuk diskaun saman 
Trafik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 50% bagi kesalahan-kesalahan terpilih.  
     Turut tidak ketinggalan, khidmat nasihat bagi aplikasi Semak Mule dan Volunteer Smartphone Patrol (VSP) serta pameran aset pertunjukan "full gear" unit-unit elit di bawah Kementerian Dalam Negeri.