Kuala Lumpur, 9 Mei 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi menziarahi jenazah Allahyarhamah Ayuni Amirah Datuk Ibrahim, anak kepada Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman, CP Datuk Ibrahim Darus di Madrasah At-Thoiyibah, Jalan Sultan Yahya Petra, di sini.
Tan Sri Razarudin turut menyertai solat jenazah bersama ahli keluarga, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ahli kariah sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang Jaya, Selangor untuk dikebumikan.
Allahyarhamah Ayuni Amirah, anak sulung daripada dua beradik, menghembuskan nafas terakhir di Hospital
KPJ Ampang Puteri malam tadi akibat severe pneumonitis dan kegagalan organ dalaman.
Turut hadir, Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Sri Hj. Khalid Hj. Ismail, serta Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, CP Datuk Ts. Ahmad Ramdzan Daud.
Seluruh warga PDRM merakamkan ucapan takziah kepada Datuk Ibrahim dan keluarga atas kehilangan insan tercinta. Semoga roh Allahyarhamah Ayuni Amirah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.