Menu

DKPP 2024: PENGARAH JPJKK DAHULUI SENARAI PENERIMA DARJAH KEPAHLAWANAN PASUKAN POLIS

Kuala Lumpur, 10 Mei 2025 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad mendahului senarai penerima Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (DKPP) tahun 2024 bagi Darjah Kebesaran Pangkat Pertama Panglima Gagah Pasukan Polis (P.G.P.P.) dalam istiadat yang berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL), pagi tadi.

Istiadat penganugerahan yang dijalankan dalam dua sesi itu telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Tidak ketinggalan, Darjah Kebesaran P.G.P.P. turut disampaikan kepada Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun, Ketua Polis (KP) Kedah, CP Dato’ Fisol Salleh, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato’ Mancha Anak Ata dan KP Johor, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu.

Hadir sama dalam istiadat tersebut ialah Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Dato’ Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman dan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain.

Datuk Seri Saifuddin Nasution turut menyampaikan Darjah Kebesaran Pangkat Kedua Panglima Setia Pasukan Polis (P.S.P.P.) kepada 46 penerima, Darjah Kebesaran Pangkat Ketiga Pahlawan Pasukan Polis (P.P.P.) (80 penerima), Darjah Kebesaran Pangkat Keempat Kesatria Pasukan Polis (K.P.P.) (26 penerima) dan Darjah Kebesaran Pangkat Kelima Bentara Pasukan Polis (B.P.P.) (71 penerima) bagi istiadat yang berlangsung pada sebelah pagi.

Manakala bagi sesi kedua yang berlangsung pada sebelah petang pula, seramai (234) penerima telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Pangkat Pertama P.G.P.P. iaitu KP Pahang, CP Dato’ Sri Yahaya Othman, KP Pulau Pinang, CP Datuk Hamzah Hj. Ahmad dan KP Kuala Lumpur (KL), CP Dato’ Rusdi Mohd Isa.

Seramai 71 penerima Darjah Kebesaran P.S.P.P. termasuk Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), ACP Julina Salehuddin, Darjah Kebesaran Pangkat Ketiga P.P.P. (86 penerima), Darjah Kebesaran Pangkat Keempat K.P.P., (20 penerima) dan Darjah Kebesaran Pangkat Kelima B.P.P. (54 penerima).

Para penerima darjah kebesaran terdiri daripada warga PDRM yang berkelayakan atas jasa dan pengorbanan mereka sepanjang berkhidmat dalam Pasukan.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mohamad Yusri Hj. Hassan Basri, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato’ Ts. Azizee Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohd Rodhi, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Komandan PULAPOL KL, DCP Alzafny Ahmad dan Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah serta ahli keluarga penerima.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang, Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

May be an image of 4 people and text

May be an image of 11 people, dais and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 3 people, dais and text that says 'DEWAN Etiadat ENGANUGERAHAN DARJAHKEPA DARJAH KEPAYT KEP LPASUKAN POLIS (DKPP) 202 2台整地战 丸 85 SABTU A3HM, PULAPO NIPUR ဤမ် . @H M'

May be an image of ‎7 people and ‎text that says '‎0 @HAK MILIK PDRM م E‎'‎‎

May be an image of 4 people and text

May be an image of ‎3 people and ‎text that says '‎MILIK PDRM شیباسی የር 사유 年神 ₩k‎'‎‎
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS