Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti menafikan kesahihan Siaran Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertajuk “Program Giveaway Gadis QS Official” yang telah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan maklumat tersebut dan sentiasa mendapatkan maklumat yang tepat melalui sumber rasmi PDRM sahaja.