Kuala Lumpur, 23 Mei 2025 – Sempena Sambutan Hari Polis Ke-218, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Hindu telah mengadakan sembahyang khas di Kuil Sri Maha Muniswarar di
Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini.
Hampir 500 warga PDRM beragama Hindu dari Bukit Aman dan sekitar Lembah Klang hadir ke upacara keagamaan tersebut. Ia bertujuan memohon kesejahteraan negara dan keselamatan anggota serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan warga Pasukan.
Majlis yang diadakan juga melambangkan semangat hormat-menghormati dan kepelbagaian budaya yang menjadi asas kepada keharmonian dalam pasukan PDRM secara keseluruhan.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Pengarah (Gerakan)
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP M.V Srikumar Madhavan Nair, Penolong Pengarah E1, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC G. Seetha Dewi M. G Nair, pesara Polis, DCP Dato' Narenasegaran Thangaveloo dan pesara Polis, DCP Dato' Manoharan Kanapathy.
Jurugambar: Koperal Shazril dan Lans Koperal Bryanlie