Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] TRAGEDI BALAI POLIS ULU TIRAM: TRAGEDI BERDARAH TERUS DIKENANG

Johor Bahru, 17 Mei 2025 - Hari ini genap setahun serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram, di sini, yang bukan saja menggemparkan negara, malah itu terus dikenang sebagai detik hitam dalam sejarah keselamatan negara.

Kejadian awal pagi 17 Mei tahun lalu, balai polis yang terletak di pinggir bandar raya ini dikejutkan dengan serangan bersenjata seorang lelaki yang meragut nyawa dua anggotanya serta mencederakan seorang lagi, manakala suspek berusia 21 tahun ditembak mati.

Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22 tahun dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24 tahun terkorban dalam serangan berdarah jam 2.54 pagi itu.

Allahyarham Ahmad Azza Fahmi meninggal dunia akibat ditetak di belakang leher dan kepala, manakala Muhamad Syafiq maut akibat ditembak di pipi sehingga menembusi kepala.

Mereka ialah anggota ronda cegah jenayah di balai polis berkenaan yang baharu berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia kira-kira dua tahun.
Seorang lagi anggota, Koperal Mohd Hasif Roslan parah, namun diselamatkan dan kini sudah kembali bertugas.

Allahyarham Ahmad Azza Fahmi dan Muhamad Syafiq yang diiktiraf sebagai wira negara dinaikkan pangkat kepada Koperal secara anumerta (posthumous) sebulan selepas serangan berdarah itu, manakala Mohd Hasif pula dinaikkan pangkat ke Sarjan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of ‎text that says '‎Setabun serangan di Balai Polis Ulu Tiram BALUPOLIS KRONOLOGI SERANGAN 2024 BALAI POLIS JLU TIRAM ,זין danpade taencang. nL Balai pagi Baial PatkLn Tinaro disercng ielits bersenjam 7M 2028 Tragedi berdarah terus dikenang ปนยลส์ Serangan lelaki bersenjata ragut nyawa dua anggota polis, seorang cedera Mohamed Noh Bahn Kmenapalkkan nimeh Kampung Sunget Nram weHe trmimG‎'‎


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS