Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 25 Mei 2025 (Ahad).
Sebanyak 1,346 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 15 kematian. Terdapat penurunan sebanyak 297 kes kemalangan dan empat kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.