Menu

TIMBALAN KPN HADIR MAJLIS PENUTUP PERSIDANGAN JURUAUDIT ASEAN 2025

 
Putrajaya, 28 Mei 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Penutup Persidangan Juruaudit ASEAN 2025 yang berlangsung di @Pusat konvensyen AntarabaPusat Konvensyen Antarabangsa, di sini, pagi tadi.

Majlis yang berlangsung sekitar sejam tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu ketibaan Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay disambut oleh Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed.

Dalam ucapan perasmian penutup tadi, Dato’ Seri Anwar menegaskan komitmen Kerajaan Malaysia terhadap pengukuhan tatakelola yang baik serta integriti institusi awam.

Persidangan Juruaudit ASEAN 2025 yang berlangsung selama dua hari bermula (27 Mei hingga 28 Mei) telah menghimpunkan lebih 2,000 juruaudit daripada sektor awam dan swasta termasuk wakil-wakil dari negara ASEAN.

Bertemakan “Pengauditan Inklusif dan Lestari ke Arah ASEAN yang Progresif,” persidangan itu bertujuan memperkukuh kerjasama serantau dalam bidang pengauditan sektor awam serta menggerakkan agenda tadbir urus yang lebih telus dan bertanggungjawab di peringkat ASEAN.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Audit Negara, Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi dan delegasi dari negara - negara ASEAN.

Jurugambar: PDRM RMP TV
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS