Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PPM WILAYAH TIGA PATAH CUBAAN SELUDUP 1.1 TAN BERAS SIAM

Kota Bharu, 27 Mei 2025 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga mematahkan cubaan menyeludup masuk 44 kampit beras Siam seberat 1.1 tan dalam operasi di Kampung Mahligai di Gunong, Bachok, kelmarin.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, ACP Zulafendy Hassan berkata, dalam Ops Taring Landai/Kontraban kira-kira jam pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota Unit Risikan Marin, Markas Operasi PPM Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor mengesan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh.

Menurutnya, sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, pemandu lori berkenaan bertindak memecut sebelum memberhentikan kenderaan itu di bahu jalan Kampung Mahligai.

“Suspek kemudian melarikan diri ke kawasan semak berhampiran. Usaha mengejar suspek dijalankan, namun dia gagal ditemukan.

“Pemeriksaan terhadap lori berkenaan menemukan 44 kampit beras Siam, dipercayai diseludup dari negara jiran dengan anggaran berat 25 Kilogram setiap kampit. Nilai keseluruhan termasuk lori berjumlah RM84,000,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS