Putrajaya, 29 Mei 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) ke-138 di Kompleks Setia Perkasa,
Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, pagi tadi.
Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Saifuddin Nasution Ismail turut dihadiri Ketua Setiausaha KDN selaku Setiausaha SPP, Datuk Awang Alik Jeman.
Intipati yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah mengenai hal pentadbiran dan pengurusan berkaitan warga Polis Diraja Malaysia.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Datuk Suryani Sungit dan Ahli-ahli SPP.