Lawatan itu bersempena perjumpaan dan penyampaian amanat kepada seluruh warga jabatan. Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 133 penerima yang menunjukkan mutu kerja serta tahap integriti yang tinggi dalam usaha memperkukuh kecemerlangan jabatan.
Terdahulu, Dato’ Sri Azri mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Fisol Salleh dan seterusnya mempengerusikan taklimat berkaitan pematuhan kawal selia Sistem Kawalan Disiplin dan Dadah Kontinjen Kedah di Bilik Mesyuarat Utama, IPK Kedah.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Adzli Abu Shah, Ketua Penolong Pengarah (KPP) (Pematuhan) JIPS Bukit Aman, SAC Ahmad Shukri Mat Akhir dan KPP (Risikan/Operasi) JIPS Bukit Aman, SAC Muhamad Tarmizi Awang.