Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: OPERASI KACHI GEMPUR WARGA ASING, PELARIAN MILIKI KAD UNHCR PALSU


Kuala Lumpur, 31 Mei 2025 - Seramai 1,435 warga asing, kebanyakannya pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Pusat Bandar Utara, di sini, ditahan untuk pemeriksaan dan seniakan rapi pihak berkuasa dalam Operasi Kachi di sini, tengah malam kelmarin.

Serbuan berskala besar membabitkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu, bermula jam 10.45 malam dengan setiap laluan keluar dan masuk ke kawasan premis perniagaan dan rumah kedai berhampiran Pasar Borong Kuala Lumpur itu dikepung sepenuhnya.

Selain PGA, operasi turut membabitkan Pasukan Simpanan Persekutuan, Pasukan Gerakan Udara, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, selain dibantu Jabatan Imigresen Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Suruhanjaya Tenaga dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dengan kekuatan keseluruhan seramai 560 pegawai dan anggota.

Timbalan Pengarah PGA, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi berkata, Operasi Kachi dilancarkan atas arahan pucuk pimpinan PDRM susulan kebanjiran warga asing, terutama pelarian dari Myanmar di kawasan berkenaan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian Online seperti di lampiran.

May be an image of text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS