Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: INTEGRITI, TADBIR URUS PDRM SENTIASA DIPERTINGKATKAN - KPN

Petaling Jaya, 3 Jun 2025 - Integriti dan tadbir urus Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan sentiasa ditingkatkan bagi memastikan pasukan itu akan terus dihormati serta diyakini rakyat.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, langkah itu sejajar dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2025 di Istana Negara semalam.

Pada istiadat itu, Sultan Ibrahim menggesa semua agensi penguat kuasa menjalankan tanggungjawab dengan penuh integriti supaya rakyat tidak hilang kepercayaan serta terus menghormati uniform yang dipakai.

Kata Tan Sri Razarudin, perkara itu juga bertepatan dengan prinsip PDRM iaitu ‘Tegas, Adil dan Berhemah’ dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keamanan serta menegakkan undang-undang.

“Kita akan terus memperkukuh usaha mempertingkatkan integriti, mengukuhkan tadbir urus yang baik serta memerangi segala bentuk salah laku demi memastikan imej Pasukan sentiasa dihormati,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS