Menu

ARTIKEL PILIHAN: PDRM LANCAR APLIKASI ADUAN JIPS, SALUR MAKLUMAT SALAH LAKU ANGGOTA

Kuala Lumpur, 4 Jun 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkenalkan platform digital baharu yang dikenali sebagai Aduan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM bagi memudahkan orang ramai menyalurkan aduan serta maklumat berkaitan integriti dan salah laku anggota pasukan keselamatan itu.

Pengarah JIPS, CP Dato' Sri Azri Ahmad berkata, aplikasi itu merupakan platform tambahan kepada saluran aduan sedia ada.
"Aplikasi yang dikendalikan sepenuhnya oleh Cawangan Pengurusan Aduan (CPA) JIPS ini diwujudkan bagi memudahkan penyampaian maklumat dan aduan melibatkan warga PDRM secara pantas, selamat dan telus," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Dato' Sri Azri berkata, orang ramai perlu mendaftar sebagai pengguna sebelum menggunakan aplikasi tersebut.
"Ia penting bagi membolehkan pengguna menyalurkan dan menyemak aduan serta menerima maklum balas secara langsung. Maklumat itu akan diuruskan dengan selamat dan teratur," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../pdrm-lancar-aplikasi...

Sumber: Sinar Harian

May be an image of 5 people and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS