Menu

TAN SRI RAZARUDIN DAN ISTERI SANTUNI TIMBALAN PJP SABAH


Johor Bahru, 5 Jun 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri, Puan Sri Datuk Zainah Othman merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia hadir menyantuni Timbalan Pesuruhjaya Polis (PJP) Sabah, DCP Datuk Shahurinain Jais di kediamannya dekat Bandar Dato’ Onn, di sini, petang tadi.

Datuk Shahurinain sebelum ini telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur akibat serangan strok sehingga menyebabkan kelumpuhan pada bahagian kanan tubuhnya. Beliau kini sedang menjalani rawatan pemulihan secara berperingkat di Hospital Gleaneagles Medini, Iskandar Puteri.

Dalam lawatan yang diadakan, Tan Sri Razarudin telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada Datuk Shahurinain di samping memberi kata-kata semangat dan mendoakan keafiatannya sebagai tanda sokongan kepada beliau dan ahli keluarga.

Turut mengiringi KPN, Ketua Polis (KP) negeri, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu bersama Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor, Datin Shanthi P. Santhanam Pillai.

Hadir sama, Timbalan KP negeri, DCP Abdul Latiff Mehat, Ketua Cawangan Khas Kontinjen Johor, SAC Nor Azizi Maarof, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Johor, SAC Hoo Chuan Huat, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat, barisan pegawai kanan dan ahli-ahli PERKEP Kontinjen Johor.

Jurugambar: Koperal Muhamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar

May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people, television and text that says '原品 2 RAZARUD Mの'

May be an image of 5 people, headscarf, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 1 person


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS