Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain bersama pucuk pimpinan dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakyat Malaysia, khususnya yang beragama Islam.
Hari mulia ini mengingatkan kita akan pengorbanan agung Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. dalam menzahirkan ketaatan sepenuhnya kepada perintah Allah SWT.
Semangat pengorbanan inilah yang terus menjadi teladan kepada warga Pasukan, yang saban hari berkorban masa, tenaga dan kepentingan peribadi demi memastikan keamanan dan ketenteraman negara sentiasa terpelihara.
Semoga ikrar keramat ‘Sedia Berkhidmat’ kekal menjadi sumpah setia perjuangan, insya-Allah.
#07062025